@article{Mohd Sobali_Azmi_Ismail_Mohamed Nor_2021, title={Upah Bekam Dan Kadarnya: Tinjauan Daripada Perspektif Hadis}, volume={3}, url={https://journalofhadith.usim.edu.my/index.php/johs/article/view/57}, DOI={10.33102/johs.v3i2.57}, abstractNote={<em>Bekam atau hijamah adalah salah satu bentuk perubatan nabawi yang diketahui umum dan mula diamalkan oleh mereka yang mengambil berat tentang kesihatan. Lantaran itu, banyak pusat-pusat bekam dibuka dan menawarkan khidmat bekam dengan pelbagai pakej berdasarkan jenis penyakit. Bagi meyakinkan orang awam mengenai kebaikan dan manfaat bekam, pusat-pusat rawatan bekam ini menyajikan beberapa hadis yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Lebih dahsyat lagi, cas-cas yang dikenakan ke atas pesakit atau pelanggan yang datang untuk berbekam berbeza berdasarkan titik-titik bekam. Jika ia bertepatan dengan titik bekam yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W. maka casnya lebih mahal dari titik bekam yang lain kerana ia dikatakan bekam sunnah. Benarkah dakwaan sedemikian? Justeru kajian kualitatif yang menggunakan metod analisa data ini akan mengumpul hadis-hadis berkenaan bekam sama ada dari sudut pensyariatan, kelebihan dan waktu-waktu dilarang berbekam. Kajian ini juga akan membawakan status hadis-hadis tersebut serta komentar para ulama terhadap hukum berbekam dan yang berkaitan untuk tatapan pembaca. Kajian ini mendapati bahawa dalam banyak hadis yang digunakan oleh jukubekam ini, ada adi antaranya yang sahih dan sebahagiannya tidak benar. Manakala tiada satu pun pandangan ulama mengenai kadar upah bekam yang selari dengan titik bekam Rasulullah SAW. Hal ini penting agar masyarakat awam mengetahui realiti sebenar berkaitan nas-nas yang sering digunakan oleh pusat-pusat bekam yang terdapat di seluruh negara.</em>}, number={2}, journal={Journal Of Hadith Studies}, author={Mohd Sobali, Amiruddin and Azmi, Ahmad Sanusi and Ismail, Mohd Yusuf and Mohamed Nor, Zulhilmi}, year={2021}, month={May} }