KONSEP RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM HADITH: PENEROKAAN MAKNA SERTA APLIKASI DI MALAYSIA

Ahmad Sanusi Azmi, Mohd Yusuf Ismail

Abstract


Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat sekalian alam), satu istilah yang kemudiannya diperbahaskan dan dikembangkan menjadi salah satu konsep dalam hubungan kemanusiaan serta interaksi sosial. Pun begitu, konsep rahmatan lil alamin ini telah melalui pelbagai proses penafsiran dan perkembangan makna. Kepelbagaian fahaman dan penafsiran berhubung konsep rahmah ini terus menjadi perbahasan sehingga hari ini. Di Malaysia, kempen memperkenalkan Islam sebagai agama rahmah telah dimulakan. Konsep ini dijadikan sebagai asas dalam membangun teras serta mencorak polisi urustadbir yang berasaskan al-Quran.  Keadaan Malaysia yang unik sebagai sebuah negara berbilang bangsa adalah konteks yang menarik untuk dibincangkan. Kajian ini meneroka hadith-hadith yang mempunyai hubungan dengan konsep rahmatan lil alamin, mengamati pemahaman sarjana Muslim terhadapnya serta menilai pengamalan konsep ini di Malaysia.  Melalui analisis tekstual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa sifat belas-kasih dan ketegasan Rasulullah adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memelihara dan memartabatkan Islam. Dua elemen tersebut adalah prinsip utama yang perlu diterapkan dalam pembangunan kerangka serta perlaksanaan konsep rahmatan lil alamin di Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Al-Bayhaqi, Abu Bakar Ahmad ibn al-Husayn. (2003) al-Sunan al-Kubra, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyya).

Al-Bukhārī, Muḥammad ibn Ismāʿīl ibn Ibrāhīm. (1422H) Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī, Edt. Muḥammad Al-Nāṣir, (Dār Ṭūq Al-Naja).

Al-Fakihi, Abu Abdillah Muhammad ibn Ishaq. (1414H), Akhbar Makkah (Beirut: Dar Khidr).

Al-Hakim, Abu Abdillah Muhammad ibn Abdillah. (1990), Al-Mustadrak, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyya).

Al-Mubarakfuri, Safi al-Rahman, (t.t.) Rahiq al-Makhtum, (Beirut: Dar al-Hilal).

Al-Nasa’i, Abu Abd al-Rahman Ahmad ibn Shuayb. (1986), Sunan al-Nasa’i, (Halab: Maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah).

Al-Nawawi, Abu Zakarian Mahyuddin Yahya ibn Sharf. (t.t.), al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, (Dar al-Fikr).

Al-Qardawi, Yusuf. (1992). Ghayr Al-Muslimin Fi Al-Mujtama’ Al-Islami, (Kaherah: Maktabah Wahbah).

Al-Shaybani, Ahmad ibn Hanbal. (2001). Musnad Ahmad ibn Hanbal (Muassasah al-Risalah, 2001).

Al-Sijistani, Abu Daud Sulayman ibn al-Ash’ath. (2009). Sunan Abu Daud (Dar al-Risalah al-Alamiyyah).

Al-Tabari, Muhammad ibn Jarir. (2000). Jami’ Al-Bayan, (Muassasah Al-Risalah).

Al-Tabrani, Abu al-Qasim Sulayman ibn Ahmad. (t.t.). al-Mu’jam al-Kabir (Kaherah: Maktaba Ibn Taimiyyah.).

Al-Tirmizi, Muhammad ibn Isa ibn Surah. (1998). Sunan al-Tirmizi, (Beirut: Dar al-Gharb al-Islami).

Azmi, Ahmad Sanusi. "The Development of Dalail Nubuwwa Literature: An Emblem of Interreligious Dialogue in Early Islam." The Social Sciences 13, no. 5 (2018): 1072-1078.

Ibn Abi Shayba, Abu Bakar. (1409H). Musannaf (Riyadh, Maktabah Al-Rusyd).

Ibn al-Jawzi, Abu al-Faraj Abd al-Rahman ibn Ali. (1987) Nuzhah al-A’yun al-Nawazir, (Muassasa al-Risalah).

Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Ismail ibn Umar ibn Kathir. (1419H). Tafsir al-Quran al-Azim (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

Ibn Majah, Abu Abdillah Muhammad ibn Yazid, Sunan, (Dar Ihya Al-Kutub Al-Arabiyya).

Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. (1997). Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr).

Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. (1997). al-Jawab al-Kafi li man sa’ala ‘An al-Dawa’ al- Shafi (Maghribi: Dar al-Ma’rifah, 1997).

Ibn Wahb. (1995). al-Jami fi al-Hadith (Riyad: Dar Ibn al-Jauzi).

Said Hawwa. (t.t.) al-Asas fi al-Tafsir (Kaherah: Dar al-Salam).

Khairul Azhar Meerangani (2016). Isu Semasa Terhadap Hubungan Sosial dengan Non-Muslim Di Malaysia daripada Perspektif Hukum Islam, Tesis PhD, Akademik Pengajian Islam, University Malaya).

Luqman Hj Abdullah. (2009). Kerangka Asas dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini, Kertas Kerja Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


© Copyright 2018 - Journal Of Hadith Studies (eISSN: 2550-1448) | Ulum Hadith Research Centre | Email: journalofhadith@usim.edu.my |