Kewaspadaan Terhadap Agenda Musuh Islam Dalam Gerakan Dakwah: Perbincangan Hadith Berkaitan Dalam Karya Sayyid Muhammad Nuh

Authors

  • Muhammad Arif Yahya Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/johs.v3i2.51

Abstract

Strategi di dalam menggerakkan dakwah melalui gerakan Islam memerlukan perancangan yang menyeluruh termasuk kewaspadaan terhadap agenda musuh Islam. Gerak kerja dakwah bukan hanya membangunkan potensi ahli melalui proses tarbiyah yang dijalankan, malahan perkara yang boleh merosakkan matlamat dan objektif dakwah termasuk agenda musuh-musuh Islam ini. Kajian ini bertujuan melihat huraian hadith yang dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Nuh yang menyentuh isu kewaspadaan terhadap agenda musuh Islam ini. Karya-karya beliau yang dipilih iaitu Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq, Afat ala al-Tariq dan karya Min Akhlaq al-Nasr fi Jiyl al-Sahabah. Hadith-hadith yang dikaji adalah berkaitan tuntutan berada di dalam jamaah serta janji kemenangan kepada umat Islam yang telah dikaitkan dengan isu kewaspadaan terhadap agenda musuh Islam dalam huraian hadith tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa huraian hadith yang diketengahkan oleh Sayyid Muhammad Nuh berdasarkan pendekatan dakwah harakiyyah dalam gerakan Ikhwan Muslimin. Implikasi kajian ini bahawa gerakan dakwah perlu mengkaji dan waspada terhadap agenda musuh-musuh Islam dalam menggerakkan dakwah agar organisasi yang dibina mampu mengatur langkah dan strategi dalam mendepani agenda tersebut secara lebih berkesan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Jarisyah, A., (1979), Du’ah La Bughah, Dar al-Buhuth al-Ilmiyyah : Kuwait, hlm. 118-119.

Jasim, M. M. Y (2007), al-Dawlah al-Islamiyyah Bayna al-Wajib wa al-Mumkin, Syuruq li al-Nasyr wa al-Tawzi’ : al-Mansurah, hlm. 246.

Sayyid M. N. (1991), Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah fi Qadiyyah al-Taghyir bi Janibayh al-Tarbawi wa al-Da‘awi, cet ke 2, al-Mansurah ; Dar al-Wafa’.

Sayyid M. N. (1999), Afat ala al-Tariq, jilid 1, cetakan ke 13, Mansurah : Dar al-Wafa, hlm. 57- 58.

Sayyid M. N. (1998), Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq, juzuk 1 & 2, Mansurah: Dar al-Yaqin, hlm. 129-130.

Sayyid M. N. (1994), Min Akhlaq al-Nasr fi Jiyl al-Sahabah, Beirut : Dar Ibn Hazm, hlm. 65-66.

Sayyid M. N. (1993), Manhaj al-Rasul fi Ghars Ruh al-Jihad fi Nufus Ashabih, Dar al-Wafa’ : al-Mansurah, cet. ke 3, hlm. 81.

Muhammad Arif Yahya (2014), Beberapa Isu Haraki di dalam Karya-karya Hadith Sayyid Muhammad Nuh, International Journal of Islamic Thought (IJIT), vol 5 (Jun) 2014.

Muhammad Arif Yahya (2015), al-Manhaj al-Haraki Dalam Penulisan Sayyid Muhammad Nuh Menurut Perspektif Hadith : Aplikasi Dalam Isu-Isu Semasa Gerakan Dakwah Di Malaysia, Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Muhammad Arif Yahya (2016), Elemen al-Haraki Dalam Huraian Hadith : Kajian Terhadap Pendekatan Sayyid Muhammad Nuh Dalam Penulisannya, prosiding International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (Imam 2016), Institut Kajian Hadith (INHAD), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1004-imam-2016.pdf.

Munir G. (1998), al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawiyyah, cet. ke 10, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, 1998, 25-28.

Munir G. (2009), Manhaj Haraki :Strategi Pergerakan dan Perjuangan Politik dalam Sirah Nabi SAW, Rabbani Press.

Yahya, M. A. (2016). Sumbangan Ahl Al-Hadith Dan Peranannya Dalam Membangun Ketamadunan Islam. Journal Of Hadith Studies, 1(1).

Published

2018-12-29
CITATION
DOI: 10.33102/johs.v3i2.51
Published: 2018-12-29

How to Cite

Yahya, M. A. (2018). Kewaspadaan Terhadap Agenda Musuh Islam Dalam Gerakan Dakwah: Perbincangan Hadith Berkaitan Dalam Karya Sayyid Muhammad Nuh. Journal Of Hadith Studies, 3(2). https://doi.org/10.33102/johs.v3i2.51

Issue

Section

Articles